Monday, January 12, 2009

Waktu Cerita

Hai ...hari ini, saya ingin sampaikan satu cerita yang menarik. Saya yang mengarang cerita ini. Cerita ini sesuai untuk kanak-kanak prasekolah dari umur 4 tahun hingga ke 6 tahun. kanak-kanak yang berumur 4 tahun, boleh melihat gambar yang terdapat dalam cerita ini dan membuat ayat dengan sendiri ; kanak-kanak yang berumur 5 tahun boleh cuba membaca ayat dalam cerita ini dengan bantuan warna suku kata manakala kanak-kanak yang berumur 6 tahun boleh membaca ayat cerita dengan lancar dan cuba membuat lakonan yang berkait dengan cerita ini. Tajuk cerita ini adalah " Pengalaman Kenwell". Marilah kita mula membaca buku cerita di bawah :>

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Cikgu Siti membawa kanak-kanak pergi berkelah. Mereka berkelah di taman bunga.


“Adik-adik, jangan tinggalkan kumpulan tanpa kebenaran,” kata Cikgu Siti.


“Baiklah, cikgu,” jawab kanak-kanak.


Tetapi, Kenwell tidak memberi perhatian. Kenwell ialah budak nakal.





Kenwell makan sambil bersiar-siar.

Tiba-tiba, Kenwell ternampak rama-rama.

Rama-rama itu cantik.

Kenwell hendak menangkap rama-rama.

Kenwell terus membuang sisa makanan ke padang.



Rama-rama terbang setingginya.

Kenwell tidak dapat menangkap rama-rama.

Kenwell berasa kecewa. Kenwell sangat marah.

Kenwell menendang pokok.

Kenwell memetik bunga dan membuang bunga di padang.

Bidadari menasihatkan Kenwell.

Tetapi, Kenwell tidak peduli.







Jadi, bidadari menukarkan Kenwell kepada seekor serigala.

Kenwell terkejut. Kenwell sangat takut.

Bidadari berkata, “Adakah Kenwell mahu jadi manusia semula?”

Kenwell berjawab, “Ya!”

Bidadari pun berkata, “ Awak mesti mencintai alam sekitar. Baru saya akan menolong awak.”








Kenwell menjadi serigala.

Serigala ini hodoh.

Kenwell menyesal dan sedih.

Kenwell berjalan sambil menangis.

Kenwell mula rindu akan Cikgu Siti dan rakan-rakannya.





Tiba-tiba, Kenwell ternampak seekor arnab.

Arnab dibuli oleh Si Musang.

Kenwell menghalaukan Si Musang. Arnab sangat gembira.


“Terima kasih. Nama saya ialah Rebina. Bolehkah kita menjadi kawan?” kata arnab.


Kenwell malu dan berkata, “Tentulah boleh. Nama saya ialah Kenwell.”





Rebina mengajak Kenwell ke rumahnya.

Rebina tinggal di Hutan Warni.

Kenwell berkenalan dengan kawan baru.

Hutan Warni sangat kotor.

Kenwell memberi satu cadangan.

Cadangan ini adalah membersihkan kawasan Hutan Warni.

Semua penduduk Hutan Warni setuju.





Semua penduduk berkerjasama.


Mereka bergotong-royong sambil menyanyi.

“Marilah bergotong-royong, yi ya yi ya yo…

Saya menyapu, kamu mengutip, yi ya yi ya yo…

Kita saling tolong menolong, yi ya yi ya yo…

Hutan menjadi bersih, Hutan menjadi ceria,

yi ya yi ya yo… Yeah!”





Hutan Warni menjadi bersih dan ceria.

Mereka sangat gembira.

Pada ketika itu, Bidadari muncul.

“Tahniah!” kata Bidadari kepada Kenwell.

Bidadari pun menukarkan Kenwell menjadi manusia semula.

Kenwell sangat gembira.

Kenwell mengucapkan, “Terima kasih. Selamat tinggal semua.”




Akhirnya, Kenwell berjumpa semula dengan Cikgu Siti.

Kenwell meminta maaf.

Kenwell berjanji tidak akan nakal lagi.

Kenwell berjanji akan mendengar arahan dan nasihat.

Cikgu Siti pun memaafkan Kenwell.

Kenwell berkongsi pengalaman mencintai alam sekitar dengan rakan-rakannya.


TAMAT


============================================================

0 comments: